Thursday, 28 Mar 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Insurance Complaints - Where is the human factor?
Complaints - Where is the human factor? PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Saturday, 23 January 2010 01:03
Ibu saya merupakan salah seorang pemegang polisi skim anuati plan A55DS yang diperkenalkan oleh pihak KWSP suatu ketika dulu. Mula melanggan skim anuati yang diuruskan oleh pihak MAA sejak tahun 2000 dan kini skim itu telah pun mencapai tarikh matang yang telah ditetapkan. Malangnya semasa pendaftaran alamat surat menyurat tidak tepat. Ini kerana alamat surat menyurat berpandukan kepada salinan dalam kad pengenalan ibu saya.

Jadi semua surat-surat yang berkaitan dengan skim anuati ini tidak diterima oleh ibu saya kerana telah dihantar ke alamat yang tidak lagi diduduki oleh ibu saya, sehingga lah tarikh matang skim itu berakhir penghujung tahun 2009.Sepanjang tempoh tersebut tiada apa-apa khabar berita tentang skim yang dilanggan itu.

Sehingga lah pada 20/01/2010 saya dan ibu telah pergi sendiri ke pejabat MAA cawangan yang berdekatan iaitu Sungai Petani untuk mengetahui dan ingin membuat pemohonan pengeluaran skim tersebut. Jawapan yang kami terima adalah Cek telah pun dihantar kepada ibu saya berdasarkan alamat yang ada dalam rekod MAA tampa mendapat sebarang persetujuan terlebih dahulu dari ibu saya sebagai pemegang polisi bagi Skim tersebut yang sah. Perkara kedua Yang ingin saya ketengahkan disini dan yang paling penting adalah ibu saya inginkan wang tersebut dikeluarkan secara keseluruhan dan bukan secara berjadual dengan jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak MAA.

Malangnya pihak MAA cawangan yang saya dan ibu kunjungi itu berkata perkara ini sukar untuk dilakukan kerana cek telah pun dikeluarkan.Jadi saya hairan disini kenapa perkara ini tidak dibenarkan? sedangkan ibu saya telah pun cukup tarikh matang iaitu umur 55 tahun yang telah ditetapkan oleh pihak MAA dan pihak KWSP sendiri sebagai telah bersara penuh.

Perkara yang paling saya tak suka dengar adalah jika pengeluaran secara keseluruhan dikeluarkan juga pihak MAA akan memotong wang tersebut sebanyak lebih kurang RM 7 ribu ( anggaran yang saya dengar dari kerani cawangan Sungai petani ) dari keseluruhan wang skim tersebut dan berkemungkinan besar ibu saya akan mendapat sekitar RM 10 ribu sahaja baki yang masih tinggal.

Apakah perjanjian ini sebenarnya ? saya dan ibu berasa tertipu dengan cara pelaksanaan yang langsung tidak boleh diterima ini.Jumlah yang telah ibu saya simpan untuk skim anuati yang di uruskan oleh Syarikat MAA in adalah sebanyak RM 13 ribu. Jadi apabila difikirkan balik sepanjang tempoh hampir 10 tahun ibu saya menyertai skim ini, ibu saya layak mendapat lebih kurang RM21 ribu dan apabila wang itu dikeluarkan secara keseluruhan setelah ditolak seperti mana yang pihak agen MAA katakan itu, ibu saya akan kerugian sebanyak lebih kurang RM3 ribu dari modal pokok yang asal.

Jadi jika difikirkan balik buat apa ibu saya meletakkan wang di dalam skim anuiti seperti ini jika terpaksa menangung kerugian. Untuk maklumat tambahan pihak NCCC saya juga telah cuba untuk dapatkan penjelasan dari pihak MAA cawangan kangar tetapi jawapan yang sama juga saya dapat. Saya juga cuba dapatkan pandangan dari pihak KWSP cawangan kangar tetapi tiada apa-apa yang dapat mambantu saya dalam menyelesaikan masaalah ini.

Apa yang saya dan ibu inginkan hanyalah mengeluarkan wang di dalam skim anuiti A55DS yang ibu saya sertai secara keselurun dan tiada sebarang pemotongan seperti yang telah dijanjikan apabila sampai tarikh matang. Diharap pihak NCCC dapat membantu saya dan juga ibu saya yang kerjanya hanya seorang penoreh getah yang berpendapatan RM360 sebulan.Bagi saya dan ibu angka dari pemotongan tersebut cukup besar.Untuk mendapatkan ibu saya terpaksa menghabiskan masanya berbelas-belas tahun.

Jadi diharap pihak NCCC dapat membantu. No polisi Ibu saya : A000401735 PLAN polisi: A55DS Jumlah simpanan untuk skim anuiti: RM 13,000.00 Tarikh penyertaan:

Status : Aduan pengguna telah di lanjutkan kepada Pihak MAA & juga Bank Negara dan Persatuan Insurans Am Malaysia untuk perhatian dan tindakan mereka.

Nasihat NCCC : Kami ingin nasihat pengguna seperti berikut :

  1. Alamat surat menyurat adalah suatu perkara yang amat penting sekiranya anda tidak menerima sebarang maklumbalas dari pihak berkenaan tolong hubungi mereka serta merta jangan mengambil mudah, sekiranya anda berpindah tolong pergi ke pejabat dan maklumkan secara tulisan, berikan mereka nombor telefon anda.
  2. Untuk melakukan sebarang urusan/rayuan/aduan/pertanyaan kepada sebarang pihak melalui tulisan agar boleh di simpankan sebagai bukti penjelasan.
  3. Sebarang permintaan/urusan yang di lanjutkan dan maklumbalas dari pihak lain tolong dapatkan (dalam tulisan) dan tolong dapatkan cop pengesahan daripada mereka.
  4. Lanjutkan rasa tidak puas hati anda kepada Syarikat Insurans anda dan juga kepada NCCC, PIAM dan FMB.
  5. Sekiranya anda mempunyai sebarang bukti atas janji yang diberikan oleh sebarang pihak ke atas Skim Insurans/perkara yang berkaitan dengan anda yang mendorong anda untuk membuat sebarang keputusan tolong simpanya agar dapat disertakan apabila mereka menidakkan janji janji mereka.
Terima Kasih, Jadilah pengguna yang bijak !
Ms.Matheevani Marathandan