Tuesday, 23 Apr 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2010 - 2019 Copy of Telecommunications Complaints - Aduan daripada belia ...
Complaints - Aduan daripada belia ... PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 01 April 2010 22:44

Saya mendapat sim card free, semasa saya di KL..dia orang suruh saya sain saje borang borang, lepas tu dapat sim card 2.. lepas tu saya tak pernah guna pun sim card 2... tapi bil bulan 2 sampai kat rumah saya...sekarang niiii.. Siap dapat notis lagi.. Tolong arr..
NCCC Status : Aduan ini sudahpun dihantar untuk perhatian Syarikat berkenaan dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, untuk perhatian dan tindakan segera mereka.

Nasihat : Walaupun muda atau tua, kita sebagai pengguna mesti mengamalkan sikap bertanggungjawab dan tidak leka dengan perkara yang berlaku sekeliling kita. Kita perlu sentiasa berwaspada agar kita tidak di tipu daripada mana mana pihak.

Sebagai pengguna, kita mempunyai hak untuk medapatkan maklumat yang betul, mempunyai hak untuk membuat pilihan dan mendapatkan gantirugi bila kita tidak mendapatkan produk atau perkhidmatan yang dijanjikan.

Oleh yang demikian, kita ingin menasihati anda sebagai pengguna harus juga membawa perubahan kepada diri sendiri dan membuat semua keputusan dengan hemat jangan  abaikan tanggungjawab anda kerana hak membuat keputusan adalah di tangan anda sendiri.

Our Money Our Rights ! Perubahan Bermula Daripada Saya !

Regards,
Ms. Matheevani Marathandan