Complaints - Courts Print
Written by Administrator   
Monday, 09 November 2009 16:58
Saya membeli sebuah komputer riba (laptop) secara ansuran dan mengambil insurans perlindungan berjumlah RM 199 pakej emas dari Courts yang menjanjikan barang-barang saya dan perjanjian ansuran akan dilindungi jika berlaku kebakaran, kecurian atau kemalangan lain yang tidak termasuk bencana alam. Pada 6/5/2009, pejabat saya telah dirompak dan saya telah membuat aduan polis.

Saya telah menghubungi Courts untuk memaklumkan hal yang sedemikian. Pegawai yang bertugas memaklumkan ke[ada saya untuk menyerahkan repot polis mengenai kejadian itu secepat mungkin dan saya telah pun berbuat demikian. Saya juga telah menyerahkan gambar rakaman video CCTV pada 8/5/2009 kepada Pegawai Khidmat Pelanggan yang ada di Kaunter tingkat 1, Courts Mammoth Setapak.

Sejak dari itu saya langsung tidak mendapat maklum balas dari mana-mana pihak. Saya hanya dimaklumkan bahawa permohonan perlindungan insurans saya tidak dapat dipenuhi melalui panggilan telefon yang meminta saya menjelaskan ansurans bulanan walaupun barang-barang tersebut telah dicuri. Mereka memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di pejabat, bukan di rumah.

Perkara mengenai perlindungan ini hanya akan dilindungi jika kejadian seumpama berlaku di rumah, tidak dimaklumkan oleh pembantu jualan Courts yang ketika itu menerangkan kepada saya apa kelebihan insurans pakej Emas Courts.

1. Saya membaca syarat perjanjian antara saya dan Courts dan saya mendapati di dalam Klausa 1.7 menjelaskan "Perkataan Lokas adalah bermaksud dan berujuk kepada Lokasi yang dikenali di dlama Jadual Pertama dan merangkumi alamat lain yang mungkin dimaklumkan secara notis kepada Courts menurut Syarat 10.4 STC, di mana barang-barang tersebut terletak "

2. Klausa 10.4 menjelaskan "Tidak menukar alamat atau menempatkan semula barang-barang tanpa kebenaran - saya tidak akan menukar alamat yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama dan saya tidak akan walau sebagaimana pun memindahkan, menempatkan semula atau mengalihkan , atau membenarkan pemindahan, penempatan semula atau pengalihan barang-barang daru Lokasi yang dikenali di dalam Jadual Pertama atau alamat penyerahan yang dinyatakan di dalam invois ataupun dokumen penyerahan yang relevan ( seperti mana yang terpakai) tanpa notis bertulis terdahulu kepada Courts "

3. saya mendapati klausa ini bercanggahan dengan sifat fizikalnya barang yang dibeli oleh saya yakni komputer riba , alat yang boleh di bawa ke mana-mana/mobile, bukannya sepeti perabot yang boleh saya bawa ke mana-mana. Tambahan lagi, pihak Courts mempunyai alamat pejabat saya di dalam borang permohonan.

anggarankerugian : 3,000.00
 
Status of the case : Matter has been accelerated to Courts Mammoth Officers attention, currently they are investigation on this matter waiting for their response.

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre
E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it