Complaints - Excessive Charges Is it Fair? Print
Written by Administrator   
Wednesday, 09 December 2009 07:45

Pada April 2008 saya telah membuat permohonan mendapatkan pinjaman kewangan melalui CIMB Express Cash cawangan HICOM sebanyak RM5,000.00 dan telah diluluskan pada hari yang sama untuk tempoh pembayaran balik selama 5 tahun (60 bulan) tanpa diterangkan dengan lebih jelas termasuk tidak dimaklumkan mengenai caj faedah pinjaman yang dikenakan.

Selepas setahun apabila saya ingin membuat pembayaran secara penuh bagi baki pinjaman, saya telah dimaklumkan oleh pegawai CIMB bahawa kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman ini adalah 36% setahun dan setelah dikira jumlah pinjaman saya mencecah RM9,000.00. Ketika ini saya bercadang untuk membuat bayaran penuh ke atas baki pinjaman dan didapati bahawa baki pinjaman adalah sebanyak RM4,528.93 dan ini membuktikan setelah 1 1/2 tahun berlalu pinjaman yang diselesaikan oleh saya adalah untuk faedah

 

pinjaman sahaja dan jumlah pinjaman sebenar baru sahaja bermula untuk diselesaikan dan itupun hanyalah separuh baru diselesaikan. Setelah meneliti 'statement' yang diemailkan oleh pegawai di bahagian redemption unit CIMB, saya dapati jumlah yang dikenakan ke atas saya adalah termasuk faedah selama 3 bulan dan perkara ini amatlah tidak berpatutan kerana pihak bank seharusnya mengambilkira faktor penyelesaian baki pinjaman sebelum tarikh matang berakhir iaitu untuk tempoh 5 tahun. Pada pandangan saya, jumlah faedah yang dikenakan oleh pihak bank ini menggambarkan seolah-olah seperti caj yang dikenakan oleh ALONG dan saya rasa ianya mungkin lebih daripada pemiutang ALONG tersebut.

Pihak bank seharusnya memberi kadar diskaun kerana penyelesaian penuh baki pinjaman sebelum tarikh matang tamat dan sebarang caj tambahan seharusnya diabaikan kerana ini akan menaikkan jumlah baki pinjaman yang hendak diselesaikan. Pro dan kontra seharusnya wujud apabila perkara seperti ini dimana diskaun diberi apabila peminjam ingin menyelesaikan baki pinjaman sebelum tarikh matang berakhir manakala pemiutang (pihak bank) mengenakan penalty apabila peminjam membuat bayaran lewat pada tarikh ditetapkan setiap bulan.

Keadilan seharusnya wujud bagi peminjam yang sering kali ditindas kerana kadar caj yang dikenakan seolah-olah menggambarkan pihak bank seperti ALONG iaitu kadar caj yang terlalu tinggi. Pihak kerajaan telah menggalakkan peminjam untuk membuat pinjaman daripada institusi kewangan seperti bank tempatan tetapi keadaan ini telah membuktikan bahawa pihak bank tidak jauh bezanya seperti pemiutang tidak berlesen yang mencekik darah peminjam dengan mengenakan kadar faedah yang terlalu tinggi daripada biasa dan perkara ini seharusnya disiasat oleh pihak bertanggungjawab kerana saya yakin bahawa peminjam-peminjam lain juga bersependapat dengan saya.

Pada pandangan saya, terdapat unsur-unsur penipuan semasa pihak bank mempromosikan pinjaman ini kerana pegawai bank di cawangan CIMB Hicom tidak pernah menerangkan maksud perjanjian dengan jelas sebelum saya menandatangani perjanjian tersebut. Faedah seperti ini tidak seharusnya dikenakan kepada peminjam kerana jumlahnya yang agak tinggi serta membebankan pengguna terutama peminjam. Mohon pihak tuan menyelesaikan masalah ini serta membawanya kepada perhatian kerajaan untuk pertimbangan sewajarnya.

Status : Matter been raised to the related bank, Bank Negara and also Association Of Banks Malaysia. Hope to receive a good reply and changes to be considered to facilitate  consumers.
Advice : We are totally against any excessive charges made on the consumers for unnecessary reason/which can add burden for consumers.. We our government and Bank Negara can do something about this as soon as possible to facilitate consumers @Rakyat Of Malaysia. We also urged more consumers to forward the disappointment with services to us so that we can do something than just resolving an indidual matter.
Ms.Matheevani Marathandan
Legal Executive/Complaint Handling Manager
National Consumer Complaints Centre (NCCC)
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
 
Last Updated on Thursday, 14 January 2010 04:58