Friday, 19 Apr 2024
You are here: Home Arkib Aduan Pengguna Arkib 2009 Financial Institutions Complaints - Masalah Kad Kredit (Fraud)
Complaints - Masalah Kad Kredit (Fraud) PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 29 September 2009 17:33

Saya ingin mengetahui hak saya sebagai pengguna kredit kard. Kredit kad saya telah ditipu (fraud). Tetapi bank menuduh saya yang melakukannya dan tidak mahu membayar. Saya telah menggunakan kad kredit bank ini sejak tahun 2004. Saya membayar secara tetap dan lebih daripada had minima.

Setelah lebih setahun kad itu saya tidak gunakan kad itu ditipu pada tahun 2008 sebanyak hampir RM7ribu, bank ini terus tidak mahu melayan masalah saya dan kes saya ditolak mentah2 kepada FMB. Walau pun pada ketika ini Bank Negara telah memberi surat bahawa kes saya masih dalam siasatan, tetapi bank ini telah bertindak untuk menhantar surat ugutan bayaran daripada pihak guaman dalam masa 14 hari. Walau pun telah diminta oleh pihak FMB untuk bertolak ansur kerana memang saya tidak bersalah, bank ini tetap dengan keputusannya.

Saya selalu menerima panggilan daripada bahagian kredit untuk menuntut bayaran dan juga telegram. Saya betul-betul tertekan dan tidak puas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak bank ini. Saya ingin tahu apakah hak saya sebagai pengguna bank ini setelah bertahun2 menjadi pelanggan setia
 
NCCC Advice: Kad Kredit bukan lagi satu benda yang anih di Malaysia pada masa kini, boleh dikatakan bahawa lebih daripada 50 % rakyat malaysia memilikinya. Walaupun kita sedar akan bahaya pengunaan kad kredit bukan saja dari galakkanya untuk menjadi penghutang tetapi dari aspek keselamatan yang saya ingin membincangkan kepada semua rakan malaysia. Kad kredit adalan satu benda yang paling ringkas yang boleh di curi ataupun di salah gunakan oleh mana mana pihak sekiranya mempuyai kesempatan.

Banyak aduan penipuan dan kehilangan dilaporkan di NCCC sejak beberapa tahun lalu dan masih lagi di antara aduan tertinggi.
 
Kami pihak NCCC ingin menasihati semua rakyat Malaysia

  1. Sentiasa berwaspada dengan pengunaan dan keselamatan kad  kredit anda, kerana ianya mudah di curi dan di salahgunakan oleh sesiapa pun.
  2. Sentiasa semak penyataan bil bulanan
    Jangan memberi nombor pin/nombor kad kredit anda kepada sesiapa pun
  3. Sekiranya anda memberikan kepada pihak kedai/penjual atau sesiapapun awasi mereka
    Dapatkan slip kad kredit anda
  4. Panggil bank anda untuk menyeru mereka untuk panggil sebelum transaksi
  5. Sekiranya, hilang atau sedar penipuan panggil bank serta merta untuk blok kad kredit anda
  6. Anda mempunyai hak hanya untuk membayar had minima RM 250.00 sekiranya anda melaporkan secepat mungkin
  7. Hubungi kami dan FMB sekiranya anda mempunyai masalah sedemikian untuk nasihat lanjut
  8. Sentiasa simpan segala dokumen dokumen dan slip slip yang penting untuk rujukan ianya amat penting sekiranya anda ditimpa masalah.

Ms.Matheevani Marathandan
Legal Executive
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre (NCCC)
E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it