Complaints - SMS Scam Print
Written by Administrator   
Wednesday, 28 October 2009 17:23
Saya telah menerima Sms Scam dari no telefon +60178961905 pada 20/10/2009 jam 10.43 pg. “Congratulations! Nombor Hotlink Anda telah berjaya mendapatkan hadiah Utama, wang tunai RM 10,000 dari Power Root Sdn Bhd. Sila dail 0178923475. Pin anda adalah 77ed01” Setelah menghubungi 0178923475, Hj. Hasandin Abdullah (nama penyamaran mungkin) memaklumkan saya memenangi RM 10,000 tanpa sebarang faedah.

Pemindahan hanya boleh dilakukan di mesin ATM dan mengambil masa hanya 5 minit untuk membolehkan wang hadiah RM 10,000 dimasukkan ke dalam akaun saya. Saya bersetuju untuk mengikut arahan hj. tersebut. Di mesin ATM, saya diarah untuk memeriksa baki wang di dalam akaun saya. Kemudian di sini dia menyatakan pemindahan wang RM 10,000 hanya boleh dilakukan dengan syarat saya menuruti arahan yang bakal dia nyatakan seterusnya.

Dia memanipulasi saya agar memindahankan sejumlah wang mengikut baki wang sedia ada saya di dalam akaun kepada akaun dia. Saya sebenarnya sengaja menjadikan diri saya mangsa agar saya dapat mengetahui ‘modus operandi’ penjenayah-penjenayah ini. Sekurang-kurangnya saya berjaya mendapatkan nombor akaun mereka yang mereka arah supaya sejumlah wang dipindahkan ke dalam akaun tersebut. No. akaun mereka adalah 10016020544982 (Bank Islam).

Dengan maklumat ini saya harap dapat membantu pihak tertentu dapat menjalankan siasatan seterusnya menangkap penjenayah-penjenayah ini. Saya yakin dan percaya, mereka ini bergerak aktif di Sabah dan Sarawak mengikut loghat bahasa yang digunakan mereka. Sekian, terima kasih
 
NCCC Remarks: Syabas diucapkan kepada pengguna diatas kerana berjaya mengelak diri daripada kegiatan Scam daripada sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab dan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.
 
Kami dari pihak NCCC telahpun menghantar aduan ini kepada pihak SKMM, Bank Negara dan juga kepada KPDNKK untuk tindakan lanjut. Kami berharap pihak berkenaan akan mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka.
 
Selain daripada itu kami berharap Pengguna sekalian dapat menjadikan perkara diatas sebagai pengajaran dan dapat berjaya mengelakkan diri daripada sebarang penipuan.

 
BERSAMA KITA MENJADI PENGGUNA BIJAK @ TOGETHER WE BECOME SMART CONSUMER

Ms. Matheevani Marathandan
Legal Executive/ Complaint Handling Manager
Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
National Consumer Complaints Centre
E-mail : This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Last Updated on Wednesday, 28 October 2009 17:27