Complaints - Celcom mengambil kesempatan menipu pelanggan Print
Written by Administrator   
Friday, 16 October 2009 16:30
Saya salah seorang pelanggan Celcom ingin membuat aduan bahawa Syarikat telekomunikasi tersebut telah mengambil kesempatan dan juga juga menipu pelanggan-pelanggannya iaitu

Mengikut syarat yang dipersetujui dengan pihak Celcom ketika mendaftar dan juga terdapat ruangan credit limit dalam ruangan borang pendaftaran setiap pelanggan boleh membuat jumlah terhad setiap panggilan telefon (Credit limit) bagi setiap bulan.
 
Tetapi di dalam kes saya, saya telah membuat kredit limit sebanyak RM50 sebaliknya caj panggilan saya pada bulan September RM132.57. Apabila menelefon 1111 celcom, pihak celcom hanya boleh meminta maaf tetapi caj tetap dikenakan. Ini kerana pihak celcom boleh mengubah syarat ikut suka mereka sahaja. Ini adalah satu penindasan kepada pengguna.

Pihak Celcom juga menipu pelanggan dengan memberi percuma jumlah masa panggilan dan juga sms kepada pelanggan  mengikut pendaftaran dengan celcom sebelum 1 September 2009. Jumlah masa percuma dan sms tersebut  telah dikurangkan oleh pihak celcom. Ketika promosi sebelum ini celcom mempelawa saya dan menjanjikan pelbagai kelebihan antaranya panggilan pecuma antara sub iaitu pakej 1+5. Tetapi kini semuanya ditarik kembali tetapi di dalam terma yang telah ditandatangi terdapat semua kelebihan tersebut.

Setiap terma dan syarat dalam perjanjian syarikat telekomunikasi celcom juga terdapat perkataan yang mencurigakan iaitu "Syarat-syarat tertakluk kepada pindaan". Dengan syarat tersebut pihak celcom boleh memanipulasi pelanggan. Saya berharap pihak berkuasa dapat mencari jalan supaya tidak wujud penipuan penggunaan terma tersebut.

Saya berharap pihak tuan dapat merungkaikan pemasalahan ini, kerana 3 perkara ini boleh menyebabkan ramai orang teraniaya dan berjuta-juta ringgit dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggung jawab
 
NCCC's Advice: We have forward the complaint to the celcom centre for their action to solve the problem as an urgent basis. If there is no proper answer than we will forward the complaint to Malaysian Communication and Multimedia Commission (MCMC).