Kosmo : KERETA VIOS BARU BAYAR HARGA LAMA Print
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 11:47

Kosmo : 14 September 2006

KUALA LUMPUR-  Spekulasi  yang ditimbulkan rakan-rakannya bahawa haraga kereta jatuh mendadak tahun ini menyebabkan Ng Boon Chye, 32, terjerat dan kalah semasa perbicaraannya.   Semasa membentangkan hujah di Tribunal Tuntutaan  Pengguna Malaysia (TTPM) Boon Chye berkata, pada awal Disember lalu dia memgunjungi bilik pameran UMW Toyota Motor Sdn Bhd di Shah Alam.

Dia yang berhasrat memiliki kereta model Vios 1.5E(A) telah mengemukakan permohonan pembelian bertarikh 27 Disember 2005.  Nasib tidak menyebelahi dirinya apabila impian memiliki kereta itu seawal mungkin gagal kerana permohonan pinjaman bank ditolak.  Bagaimanapun, setelah UMW Toyota membantu  mendapatkan pinjaman  pada 24 Januari lalu kereta idamannya itu diserahkan kepadanya.

 Kata Boon Chye, semasa dalam proses rayuan pinjaman bank itu dilakukan oleh penentang, dia diuar-uarkan oleh rakan-rakannya bahawa harga kereta akan turun di sebabkan ketidakstabilan ekonomi negara.   Oleh demikian, Boon Chye yang juga merupakan ahli perniagaan membuat kesimpulan dia diperdaya oleh pihak UMW Toyota untuk membeli kereta itu dengan kadar segera bagi mengaut keuntungan.

Dia bengang kerana jika membeli kereta seleas tarikh  pembelian itu, dia jimat RM4,500.    Sehubungan itu,  Boon Chye menuntut perbezaan harga itu dikembalikan kepadanya.  Sebaliknya, pihak UMW Toyota menjelaskan di tribunal , selaku pengedar , mereka sendiri tidak tahu menahu bahawa harga kereta akan jatuh pada Mac tahun ini.   Jadi, mereka beranggapan adalah tidak wajar Boon Chye mendakwa pihak syarikat itu memperdayakannya sedangkan urusan penurunan harga kereta diputuskan Dasar Automotif Nasional (DAN)  dan  tidak kena mengena dengan UMW.  

Menurut Presiden  TTPM Jailani Rahman, hujah pembelaan UMW berasas dan membidas Boon Chye yang menjadikan spekulasi luaran sebagai alasanya mengheret kes ini ke tribunal.  Justeru, tuntutan pihak yang menuntut ditolak oleh Jailani.